Ini bermaksud jalan semakin menurun..kemuncak sudah lepas..hari ini 15 haribulan doblas 2011..15 hari lagi...masuk tahun baru..cerita baru, buku baru..(buku sekolah baru)..cerita pasal sekolah..semacam ngeri..ngeri tetapi sedap.
Lebihan cuti panjang berbaki lagi 15 hari.Cuti sebelum ni berlalu tanpa apa yang boleh di naikkan ibu jari keatas tanda bagus...semenjak balik bercuti itu hari gua macam tak linang (jeram)..tenang..rilek..rilek macam minum air kelapa susu tepi pantai..
Sebelum pulang bercuti panjang..gua telah diingatkan dengan dua perkara yang seakan penting..pertama..sepanjang cuti sekolah hujung tahun..isteri gua sibuk dengan semester akhir nak habis kan pengajian master..macam biasa laa..siapkan assigment, pergi kuliah kuliah akhir..paling celake siapkan tesis..nak tak nak gua terkena jugak tempiasnya..kerja kerja binding assigment ni gua tak layan sangat..elergi dari dulu dulu lagi.Paling celake pun kena temankan beli ink nak print..berjaga malam...semua tu alahan bagi gua..
Perkara kedua diingatkan sebelum balik cuti..kena cari rumah baru..dengan kata lain gua kena angkut semua barang masuk rumah baru..angkut barang semeset je..nak cari rumah baru kat kelumpo.macam haram..perit.mengalah kan acara meminang anak dara orang..
Cari rumah baru..satu fenomena baru bagi gua..dihalaman maya hari hari gua belek..tak de yang sangkut pun..sipi sipi ada laa.pantang jumpa iklan gua terus call..kat tepi jalan..tiang elektrik..papan tanda arah jalan..pagar rumah..tingkat 15 kondominium..semua adalah tahi bagi gua..hari minggu hari gua merayau..pusing satu taman ke satu taman..jenis berbukit..berlereng..semua gua redah..hasilnya..bila lapar gua stop makan kat tepi jalan...hampir habis sekotak rokok.gua pusing balik rumah semula..
Bergegas balik kelantan..ada kenduri kawan baik..jumpa orang tua..pung pang pung pang..bergegas balik kelumpo semula..sambung kisah cari rumah sewa..petua penting nak cari rumah sewa kat kelumpo ni..kena stanby duit cash dalam poket siap untuk deposit two plus one dan api air..secara ringkas nya..deal dengan owner...kalau setuju terus campak duit tinggal kan selipar yang kita pakai hari tu..sebagai ikatan pertunangan tanda jadi..hari tu ngorat..jam tu jugak merisik dan meminang..kalau tak..gigit jari laa. kena tido kat surau.
Time cuti panjang macam ni laa..time nak jumpa kawan sekolah lama, nak ubahsuai kereta, nak pusing pusing cuci mata..kalau tak..tak de masa, sekali dalam setahun..semua bercampur aduk.sebulan sekejap jer rasa.
Terlalu laju gua nak mengejar..acara blog memblog ni berapa kali dah percubaan gua nak tulis..buka buka tutup semula..selera gua tumpul selagi gua tak rasa rilek..selagi masih serabut..sekarang ni bukan rilek sangat pun..cuma tadi bini gua dah pergi serah assigment..jumpa cikgu dia bincang bincang bodek..malam tadi ibu bapa bini gua sudah bertolak balik selepas rasmi acara masuk rumah baru.lusa gua tunggu lori datang angkut barang jer.Maksud lain gua dah dapat rumah sewa..jenis kondo lama era awal milenium dulu..zaman toyota harier tengah up time tu..alpat diaorang tak terlintas pun nak bina masa tu.
Beransur reda..slow slow dapat kawal keadaan..cuma gua tunggu gaji serta bonus masuk je..untuk habiskan sisa sisa cuti gua.perlahan lahan cerita tentang kerja dan tempat kerja mula menghantui..tiket flight gua tak booking lagi..hadoooooi.benda benda perkeranian berkaitan gaji baru gua tak sentuh lagi..dengar dengar nak kena fax untuk kerani persetujuan baru..pekeliling apa kegila yang mengandungi 99 muka surat gua tak muat turun dan baca sampai faham lagi..apa yang ada dalam pikiran gua sekarang ni..masuk tahun depan gua kena tukar perfume baru..yang masih berbaki lagi tu simpan..kumpul botol.tahun baru wangian baru..kalau tak kenangan lama masih lagi melekat..tadi gua dah usha john galliano.macam menarik jer.
Esok Jumaat..gua lebih kepada potong kuku..pergi masjid awal..dapat pisang yang jenis segar bugar..fokus kepada khutbah..mungkin tajuk berkaitan tahun baru..sabtu lusa bini gua start final exam..pagi sampai malam kot..sementara dia pakai kereta gua busuk jer kat rumah..melalui info kawan kawan ada acara seni sabtu ni kat dutamas..ada bacaan poem bermula petang..diskusi..dan acara musik hingga lewat malam..benda benda macam gini pergi dengan motor lagi sosial..tak perlu kereta buatan jepun.
Gua malas..gua nak tido..jumaat penghulu segala hari..kena topup banyak banyak amalan amalan sunat..bermula tengah malam..dinihari..pagi membawa kepetang.
No comments:
Post a Comment