Sunday, July 20, 2014

Hutang jangan lupa bayar

Dah nak masuk jam 12 tengahari.Cepat masa berlalu lengan baju tak sempat lipat lagi.Tandanya masih lagi awal bila tangan baju tak sempat lipat atau aku tak perasan masa cepat sangat berlalu.Nak kata sibuk takde la sangat.Datang pagi tadi on komputer riba kemudian buat buat sibuk.

Tanpa tujuan langsung tapi sudah menjadi adat buka komputer riba diwaktu bekerja untuk hidupkan budaya kerja.Baru teringat dakwat pencetak sudah mula mengurang.Nak kena naik bilik atas ni..di situ disediakan tambah dakwat percuma..dengan syarat kena buat muka kesian.

.................................

Bilik sejuk dengan pendingin hawa.Alunan lagu raya melalui gajet.fuh mood raya bilik atas ni.Siap cucuk dakwat 2,3 pam..terima kasih dan turun semula kebilik

Ooo dia ingat dia sorang boleh pasang lagu raya.Nak tambah kan lagi nikmat raya dengar lagu raya sambil cek gaji masuk ke tak lagi...ada tunggakan tak?

Yeeee..raya sakan tahun ni.

Separuh hari cuma dengan lagu raya dekat youtube..satu kerja pun tak sentuh.Memang tak de kerja nak sentuh apa?

Jiwa yang tadinya sentimetal bertukar biasa biasa bila teringat banyak hutang nak kena lagsai..

cilakak.


Thursday, July 17, 2014

tujuhbelastujuh..empatbelas

Hari ni 17 Julai..genap setahun pindah balik semenanjung.Setahun masa berlalu ..kejap je..masa balik hari tu pun pada bulan puasa.

Hari ni sudah pertengahan puasa..minggu depan dah nk balik beraya.Banyak yang perlu dirancang.

Tadi banyak jugak tengok gambar gambar lama..sebelum berpindah balik KL.Kawan kawan post kat laman sosial muka buku.

Semoga tersimpan rapi dalam ingatan..

Lawasion..
Tension..
Boringsion..
Nakgiepasarramadion..

Tuesday, July 8, 2014

sup ayam ke rokiah

Malas aku nk kacau..malas aku nk menegur.Menjenguk jauh sekali..nanti dikata tak percaya.Berserah saja kepada dia.

Dari ruang tamu sudah dapat hidu bau seakan tumisan dari dapur.Masa dia melangkah masuk dapur tadi..sempat dia menyinggah lompat naik atas penimbang elekronik yang baru beli..ukur berat la apa lagi..masa dia jenguk ukuran penimbang.sempat aku bersuara..malas malas tetapi nada serius.."nak makan sup ayam petang ni".

Dia berlalu menghayun langkah kedapur.harap2 sup ayam menjadi.

Dah nak berbuka..malas pulak nak sambung sambung

Test test jari..update via heppong


Sunday, June 29, 2014

Acara buka panggung

Separa bertekak jugak gua dengan makcik Rokiah nak dapatkan kata laluan..perghh lama bebenor tak menjengah halaman blog.Dengan hati terbakar..gua godek-godek dapat jugak bukak.11 bulan jugak laman ni berhabuk.

Biar banyak habuk..Biar berkarat..malas sekarang ni nak kemaskinikan.Nak kemaskini menggunakan telephone separa pintar leceh sangat..typing error tahap ............. .tutttt

Lama sangat tak kemaskini.Maklum lah pindah tempat baru..lebih kurang 2 minggu lagi ulangtahun pertama pindah balik semenanjung.Sejak balik sini memang tak ada masa nak  carut kat halaman ni.

........................

Kipas berdiri dan kipas siling bergabung tenaga..membuat kerja dengan ikhlas..sejuk kuasa dua.Bilik lenggang.Cuma ada 2 meja pekerja termasuk meja gua..dan sudut kecil untuk mesyuarat...Huaaaleeyyyy..gua dah pindah kerja dengan suasana baru..

Dudip Dudip dah nak masuk setahun balik ke Selangor.Pertengahan puasa tahun lepas..masuk kerja sini.Hari  ni dah masuk hari ke 2 Ramadhan..

Biar perut je kosong..kepalahotak tak payah la kosong ..curahkan sesuatu.Keluarkan idea untuk menulis.Puasa 2 tahun lepas ..semasa kerja diseberang..post berkaitan hijau kek pandan.Tahun lepas tiada apa-apa catatan sepanjang Ramadhan.Tahun ni nak kena tapau lebih sikit la.

Mungkin tahun ni, post berkaitan ulam pucuk burung bertenggek..

Macam malas lagi nak menulis..esok esok la.Mood tak sampai lagi.Biasa laa..kebetulan tengah dengar bacaan Al Matsurat doa dan zikir pagi.Agak melampau baru masuk hari kedua puasa dah nak mainkan  lagu Sanisah Huri.


OKGO..

2 Ramadhan 1435H

Friday, July 5, 2013

test test

Gua kira ini minggu terakhir..minggu last.Gua menetap di daerah sini.Seakan mahu menutup sketch yang lebih banyak kepada warna warna suram hidup disini.

Hari minggu..awal gua bangun..walaupun  tidur agak lewat malam tadi.Selalunya awal pagi kepala masih lagi muda remaja.Gua memilih untuk bermanja dengan blog..dari pergi ke bandar K.

Minggu terakhir disini dikira kemuncak dan penting.Dengan kerja banyak nak kena setel sebelum balik.Urusan pindah bukan benda remeh.Dari urusan tempat kerja sehingg ke urusan tempat tinggal.

Buat masa terdekat ni gua cuma setel pasal tukar milik kenderaan..selebihnya gua kumpul kotak dekat pasararaya cina busuk untuk tujuan packing barang.Selebihnya gua suka bertindak dalam bentuk imaginisai..dengan kata lain..berangan je.

"Benda ni kalau pulun sekali jalan je..tak datang dia punya feel"....apa apa sekali pun..

Nampaknya gua kena turun hirup kopi dulu ni..idea macam beku je..aihhhhhh.


Berkumur-kumur

Yes..sekali henjut je dapat log in masuk beblog..risau jugak gua lama tak bukak menatang ni..selalunya sampai 3,4 kali jugak try.Lama sangat tak bukak dan meluahkan rasa benci kat blog ni.

Biar lama..biar berkarat..semoga makin berkarat..semakin sedap..

Ini gua kira sesi berkumur kumur dulu.HHHHHaaaikkk...phuiiii..bersihkan mulut jahat..mulut busuk...lama sangat bisu.

Kata orang makan ketika lapar..

Berak ketika memulas...

Tulis ketika ada "rasa"..

Jangan main paksa..paksa.

Wednesday, March 13, 2013

Tiga belas 3 tiga belas

Kerana tarikh hari ni, dikuatkan juga semangat untuk menulis.Lama sangat tidak up date blog.sempena ulang tahun "kesepakatan hidup".

Selalunya setiap tahun  ada majlis ringkas..sejenis permainan kecil yang menguatkan lagi kardiovaskular badan..hahaha tapi tahun ni..secara berasingan dan berjauhan.

Buat apa yang perlu ..yang wajib syarat sah sahaja..yang sunat di kemudiankan.

Melalui khabar khabar angin ada hadiah spesel tahun ni,...ntah apa kejutan kali ni..gua harap dapat motorsikal jenis vespa LX150 sebijik.hahhaha..nak harapkan ducati monster macam kabur je..

Apa pun semoga hubungan dalaman dan luaran kukuh padu sentiasa...

Kemah keming rapat jik...bersekongkol didalam cinta..(ayat gila apa tah)

Selamat ulang tahun percintaan..main kawin kawin untuk pelengkap kesempurnaan hidupku

                                                   Myrokiahrokiah..sekioh didalam cinta