Saturday, September 8, 2012

Owhh shaky shaky

Jam menunjukkan 1.30 pagi..aku masih terkebil kebil bertemankan laptod dan air tea bunga kotak besar kaler kuning tahi... Ryyana dan Ayyren ada tidur bersebelahan atas tilam kecik tidak jauh dari meja tempat aku sipakan kerja.nyenyak betul mereka tidur.penat bermain siang tadi..

Menungggu mamanya pulang sampai tertidur..

Petang tadi selepas solat asar mama nya keluar..dengan seluar skinny kelabu..tudung pulas gaya Hana Tajima..siap dengan sneakers lusuh converse.

"U macam tak sesuai la pakai sunglass besar mak datin kalau tudung macam tu"..sambil aku menghulurkan wayfarer yang diambil atas almari rak kasut tepi pintu.

"Ni handphone jangan tertinggal pulak"..aku menghulurkan semasa dia tengah mengetatkan tali kasut di depan pintu.Kamera tidak pula dia tertinggal.selalu dibawa jika kemana mana...trend ataupun mungkin atas urusan kerjanya sebagai  photografi bebas.

Masa salam cium tangan tadi dia cakap nak keluar ada birthday party..sekali dengan rumah terbuka hari raya.Pergi bersam rakan baiknya..Liana Lill Shaky.

Saja aku tak nak ikut, tinggal dirumah bersama anak-anak.Lagi pun aku kurang selesa dengan majlis yang melibatkan orang ramai.Sampai sampai nak kena round salam dengan semua orang..rimas.

"Wah semakin kurus kamu sekarang Na.."bisik aku cuma dalam hati semasa Liana keluar dari kereta didepan rumah.Berkesan jugak ubat shaky shaky yang dia guna tu..senang dan mudah hanya goncang dan minum..tak perlu berlari, sambil terlentang pun boleh goncang dan minum..nak lagi sedap blend bersama perisa buah.Walaupun mahal tapi sudah menampakkan hasil.

.................

Jam 9 malam lebih ada dia call bagitahu masih lagi di tempat rumah terbuka.Aku waktu itu masih lagi dimeja menyiapakan kerja yang bertimbun..banyak barang nak kena serahkan kepada client.Tv diruang tamu masih lagi dipasang..sayup sayup kedengaran rancangan bertemakan  raya masih lagi dimainkan..Ryyana terlentang diatas sofa sambil kaki sebelahnya terjuntai dibawah..Ayyrene sibuk dengan Ipad bermain game Musang kegemaranya.

.................

Jam 11 malam lagi sekali dia call bagitahu pergi main bowling pulak bersama kawan-kawanya..aku mengiyakan bagi keizinan tanpa banyak songeh.

wah wah wah beraya sakan nampaknya awak Jarodah.Malam ini malam minggu..jangan melibatkan diri dengan perkara kurang bermoral di kelab malam sudah.

................

Jam sudah menujukkan pukul 2 pagi belum ada apa-apa berita dari Jarodah..aku sudah mengantuk..nak call ke tak nak ni....

--------------------------------------------
PPPhhhhuuiiiiii....
Dah... malas aku nak merapu pagi pagi buta ni..tah apa apa cerita ni..main sedap je aku tulis.
lama giler aku tak menulis blog..(test jari laju ke tak menaip).keh keh keh keh.


No comments:

Post a Comment