Sunday, October 7, 2012

Kerabu kaki ayam

Petang hari ahad ,sebelum memulakan hari kerja esok.Sesuatu yang dianggap sensitif.Suatu yang rasa yang kurang enak.Kurang senang..mood beransur pudar menjelang Isnin...bukan hari ini tetapi setiap minggu.

......
mungkin terlalu bosan dengan persekitaran sini..kitaran yang sama.Bila terlalu biasa dengan rutin yang sama, segalanya bertukar menjadi kurang selesa.Lemau...masuk angin..tak de kick.

......
Bangun pagi tadi..entah apa yang tak kena.Kena bersarapan sorang sorang.Makan kerana terpaksa..sorang sorang hadap..janggal dengan persekitaran..Tea O panas dua kali aku hirup kemudian bayar dan balik.Giler nak hadap sorang sorang.

......
Tengahari hari tadi..kejadian lapar secara padu,Hari Ahad..seperti biasa pekan disini cuma ada dua buah tempat yang boleh makan berbayar.Nak free pergi masjid kot..satu kedai Pakistan yang ada 3 jenis lauk,ikan goreng,ayam goreng dan sayur..air sah sah dah taj menjadi walaupun tea O ais.Bangang.Yang kedua kedai wajib..makanan segera KFC..yang dianggap penyelamat ataupun tunjang kepada sumber permakanan disini.Selepas berkira kira aku memilih KFC.Satu set burger bersama air tambah ayam dua ketul.Makan sorang sorang tanpa banyak cakap.Silent eating.Suap telan..habis, cuci tangan keluar.Nampak kurang manis kalau makan sambil bercakap dengan dinding bertemakan wallpaper yang cantik. 

.....
Balik rumah sah sah dah kena layan cerita hindi..rancangan pilihan teman serumah.Aku memilh untuk pergi melepak rumah kawan yang lain.

.....
Sebelum balik melepak aku dihadiahkan kerabu kaki ayam dan tomyam dalam dua bekas plastik berasingan.Terima kasih kepada cikgu Rudi.Itu adalah sebahagian daripada warna harmoni untuk menceriakan petang hujung minggu ni.


No comments:

Post a Comment