Gua kira ini minggu terakhir..minggu last.Gua menetap di daerah sini.Seakan mahu menutup sketch yang lebih banyak kepada warna warna suram hidup disini.
Hari minggu..awal gua bangun..walaupun tidur agak lewat malam tadi.Selalunya awal pagi kepala masih lagi muda remaja.Gua memilih untuk bermanja dengan blog..dari pergi ke bandar K.
Minggu terakhir disini dikira kemuncak dan penting.Dengan kerja banyak nak kena setel sebelum balik.Urusan pindah bukan benda remeh.Dari urusan tempat kerja sehingg ke urusan tempat tinggal.
Buat masa terdekat ni gua cuma setel pasal tukar milik kenderaan..selebihnya gua kumpul kotak dekat pasararaya cina busuk untuk tujuan packing barang.Selebihnya gua suka bertindak dalam bentuk imaginisai..dengan kata lain..berangan je.
"Benda ni kalau pulun sekali jalan je..tak datang dia punya feel"....apa apa sekali pun..
Nampaknya gua kena turun hirup kopi dulu ni..idea macam beku je..aihhhhhh.
No comments:
Post a Comment