Sunday, June 29, 2014

Acara buka panggung

Separa bertekak jugak gua dengan makcik Rokiah nak dapatkan kata laluan..perghh lama bebenor tak menjengah halaman blog.Dengan hati terbakar..gua godek-godek dapat jugak bukak.11 bulan jugak laman ni berhabuk.

Biar banyak habuk..Biar berkarat..malas sekarang ni nak kemaskinikan.Nak kemaskini menggunakan telephone separa pintar leceh sangat..typing error tahap ............. .tutttt

Lama sangat tak kemaskini.Maklum lah pindah tempat baru..lebih kurang 2 minggu lagi ulangtahun pertama pindah balik semenanjung.Sejak balik sini memang tak ada masa nak  carut kat halaman ni.

........................

Kipas berdiri dan kipas siling bergabung tenaga..membuat kerja dengan ikhlas..sejuk kuasa dua.Bilik lenggang.Cuma ada 2 meja pekerja termasuk meja gua..dan sudut kecil untuk mesyuarat...Huaaaleeyyyy..gua dah pindah kerja dengan suasana baru..

Dudip Dudip dah nak masuk setahun balik ke Selangor.Pertengahan puasa tahun lepas..masuk kerja sini.Hari  ni dah masuk hari ke 2 Ramadhan..

Biar perut je kosong..kepalahotak tak payah la kosong ..curahkan sesuatu.Keluarkan idea untuk menulis.Puasa 2 tahun lepas ..semasa kerja diseberang..post berkaitan hijau kek pandan.Tahun lepas tiada apa-apa catatan sepanjang Ramadhan.Tahun ni nak kena tapau lebih sikit la.

Mungkin tahun ni, post berkaitan ulam pucuk burung bertenggek..

Macam malas lagi nak menulis..esok esok la.Mood tak sampai lagi.Biasa laa..kebetulan tengah dengar bacaan Al Matsurat doa dan zikir pagi.Agak melampau baru masuk hari kedua puasa dah nak mainkan  lagu Sanisah Huri.


OKGO..

2 Ramadhan 1435H

No comments:

Post a Comment