Tepat pukul 1033 malam td aku sampai kat KLIA ketika waktu masih lagi power di kuala lumpur..terus aku call pemandu yang menjemput aku,,dia bagitau kena tunggu jauh sket kedepan sikit sebab kena halau dengan polis trafik..celaka.......elok laa tu..ada ruang untuk merokok dulu.....
selepas mencampak beg kedalam kereta..dia bertanya..nak makan kat mana ni...aku cakap okey je mana mana..lagi pn semasa menunggu flight td aku dah tibai mekdi berger yang 2 lapis tu..atas flight td td nasi goreng ayam sayur kecut pulak..dah kenyang dahhh...
Tempat pilihan antara Bangi ikan bakar atau pun tompayam poktek kat serdang...aku cakap terpulang laa...tanpa banyak soal..sebab aku letih sangat...kemudian dia melucur laju...dalam perjalanan melintasi putrajaya ada macam lampu seakan meriah....sempena hari belia...dia ajak aku untuk "menyaksikan"....aku bukan minat sangat benda benda berunsur belia dan arus perdana ni...sekadar pusing pusing dan aku tak amik port sangat pn...
Keluar dari putrajaya ..terus ke lalauan serdang...tomyam poktek,kerabu sotong dan telur dadar..pelahan pelahan aku tibai walaupun sudah kenyang...balik mandi dan tidur...
Pagi ni kami solat subuh secara single...selesai solat aku capai surah yasin..memandangkan pagi ni hari jumaat...habis surah yasin terus surah sejadah....turun bawah aku lihat air milo bujang sudah tersedia atas meja...permulaan pagi yang indah sebelum merokok....
Sementara dia naik atas untuk menyambung tidur..diluar sana hujan mula menitik....sesuai untuk tidur...lebihan waktu yang ada..aku buka laptod..baca berita sekejap dan tengok laman sosial muka buku..takut takut ada yang menarik....
Lama tidak membuka blog.....entri yang terkahir ialah "dari jumaat ke jumaat"sehari sebelum aku bertolak meninggalakan Kuala Lumpur awal Mei lalu..Jumaat ini penghujung Mei aku sudah kembali Ke Kuala Lumpur semula......hujan masih lagi menitis...Jumaat penghulu segala hari....hujan adalah suatu rahmat...
Hujan cinta di Kuala Lumpur....-ana pali pali.
No comments:
Post a Comment