Tuesday, May 31, 2011

gosip tahap kampung kampung




aku panggil dia "jhamree"......muka macam tak puas hati..



percubaan pertama..its call fish eye


makroorgasm morning


sempat melihat ketika hijau...merah mungin tak sempat dengan aku



very rare item....teman setia mamy untuk mengaji Quran



sentuhan kerja ayah...red attraction...u r welcome


Gosip Kampung Kampung


Kalau diikut kan sudah lama dah aku tak terjebak dengan scene balik kampung ni...kebetulan cuti sekolah dan acara kenduri kawen tengah naik sekarang ni....kesempatan yang ada aku pun terjebak sama...

Pagi pagi lagi ketika matahari separuh masak atau suam suam kuku..aku dah selamat sampai kat airport "kalleychepo"...selepas dijemput..terus menerus dibawa ke kedai nasik pagi...acara breakfast yang tengah naik di KB mestilah nasik kerabu janda...tapi jam 10 pagi nasik sudah sold out...tahap meletop jugak laa gerai tahap tepi jalan tu...

Plan ditukar dan dihalakan ke pasar basah wakaf che yeh...setelah setel urusan jual beli...balik rumah dan layan nasik kerabu..selesai sarapan aku buat buat baca suratkhabar sambil menyusun ayat berborak dengan mertua..sementara menuggu jam 12 tengahari..turn "chik ngah" plak sampai airport..nak kena menjemput plak laa.

Seterus nya ke acara kenduri kawen sepupu aku..macam biasa laa..malas aku nak hurai panjang...makan, cuci tangan dan aku blah jer..penat nak balik rehat kat rumah...dapat cuti balik meraikan sudah dikira pengorbanan besar..

Esok paginya awal-awal aku bangun...dekat kampung dia punya feel tidur lain macam jer..kat bilik redup dan sejuk jer...biasala..keliling rumah ada pokok pokok besar...pagi tu kami semua sarapan kat rumah jer..banyak banyak menu yang ada aku cuma amik ikan rebus yang di goreng garing..lama juga tak makan jenis lauk yang macam ni..rasa dia sedap sedikit masam masam kena pula dengan nasik panas yang sedikit lembik lembik.perghh.cuci mulut pagi tu buah mangga siam..2 biji juga aku tibai..manis dia lain macam sket...

Acara malam nya..aku diberitahu supaya menghadirkan diri untuk acara tahlil sebab ada sedara aku yang meninggal siang tadi...disebabkan arahan dikeluarkan oleh bonda aku sendiri nak tak nak..aku kena pergi jugak.

Acara bermula selepas solat isyak..ramai orang kampung yang majoritinya golongan tua dan ahli surau...aku meyelinap masuk ditengah tengah kerana jumlah hadirin agak ramai dan ruang yang sempit.Aku pandang sekeliling jemaah yang hadir.Semasa acara kemuncak "ratib" atau "ngattik" aku tengok macam macam gaya ada..orang sebelah aku sendiri yang tengah naik syeikh aku tengok kedepan dan kebelakang tanpa henti...orang lain pn begitu juga..kekiri dan kekanan dengan rancak..semangat sungguh.Jika ucapan memuji kebesaran Ilahi dimulut disertakan maknanya dalam hati bagus laa.Aku bimbang takut hilang hanyut kemana...

Sesekali pikir lama benar aku tak joint scene macam ni...dulu kecik kecik dulu adalah.Tapi sekarang semuanya dah banyak berubah..zaman sudah merentasi budaya dan adat.Tapi kat kampung takde laa sampai menjemput kenduri tahlil main sound sound dekat event invitations kat facebook..masa akan datang tak tahu laa...

Dua hari balik terkejar kejar...joint mana yang dirasakan penting...bukan mudah untuk puaskan hati semua orang...insyaalah weekend ni aku balik sekali lagi tapi dengan kereta..untuk second event kenduri kawen...

penat pun tak sempat hilang....penat lagi laa...



No comments:

Post a Comment