Thursday, June 9, 2011

Balik Kampung part 2



Lebih kurang jam 5 petang aku bertolak keluar dari Kuala Lumpur...ketika waktu puncak warga KL baru pulang dari tempat kerja...dari MRR2 nak sampai Gombak boleh tahan jugak la dia punya jem.

Cuaca okey jer sepanjang perjalanan...jenis panas panas redup



Menatang ni aku jumpa setelah mengeledah almari lama bapak mertua aku....kategori rare jugak laa..dia beli dekat-dekat 700 RM jugak..itu pun dibeli tu zaman era dia pakai seluar boot cut levis sta-prest di padankan dengan kemeja levis jenis E besar kotak kotak butang batu..atau ada jugak orang panggil butang Tas....

Aku tak pasti benda ni dapat berfungsi lagi ke tidak...tersimpan kemas dalam penutup khas jenis kulit..tertera ada cop buatan jepun...mungkin barang ni tengah naik zaman tu...dekat lense dan body dia pn ada cop made in japan.."yashica"ada tertulis brand dia..tengok dari segi kualiti memang barang baik ni..bawa pegi jual kat Armcorp Mall ok jugak ni...

Aku intai intai tengok jugak takut takut ada tersimpan jersi sukan jenis Adidas lama..yang jenis bunga tampal....kena pula buatan Jerman Barat..banyak rat jugak pasaran internet sekarang ni...tak pun jenis baju 3 kain ker...trend sekarang ni barang barang lama diangkat semula...dijadikan nilai duit yang begitu tinggi...



Ini event kedua..terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.Kawan baik aku kawen...kenal dia masa sama sama belajar dekat UiTM.Dulu dia yang "mesti pergi" kalau event kawan kawan lain nikah..sekarang kena turn dia pulak...semoga kekal bahagia.Next event...jejaka 3 orang yang berdiri tu pulak..tak tahu sapa dulu la yang akan menyusul...



Menu ni antara yang "wajib" jika kenduri di kampung...masih kekalkan lagi tradisi warisan turun temurun walaupun sekarang ni umumnya ramai menggunakan khidmat katering...cepat dan ringkas.Kenduri cara kampung yang menitikberatkan "kemasyarakatan"..saling bantu membantu seterusnya dapat memupuk semangat kekitaan...



Peluang berada dikampung..aktiviti menziarahi dan beramah mesra dengan nenek adalah kemestian setiap kali balik.."wae nik josh"..nama glemer dia..masih lagi kuat dan bertenaga.Sempat juga berborak-borak diselangi dengan kerenah lucu dia..tua tua masih lagi sempat melawak..cool



Acara pembukaan atau aluan selamat datang kepada pengatin lelaki..majlis disambut dengan persembahan seni silat atau "silat pulut"..aku tak sure kenapa dipanggil silat pulut...mungkin selepas persembahan diorang dihadiahkan pulut kenduri..atau saja diaorang gatal gatal mulut panggil silat pulut.

Scene silat silat tempat kenduri ni lama sangat dah aku tak tengok..peluang yang ada sempat jugak aku rakam gambar.Mana tahu 5,6 tahun lagi susah generasi baru nak tengok.Joget shuffle tau la budak budak sekarqnag ni.Aku sekadar memerhati..aku tak tahu sangat dimana seninya..lebih kepada hiburan tahap kampung.



Yang ni pasangan anak buah aku..sekali tengok macam main main jer..semoga selepas ni diorang tahu sangat sangat tentang maksud sebenar.....

nikah kahwin

tanggung jawab

keperluan barang dapur

harga susu dan lampin pakai buang

langgar dinding setiap hujung bulan

keluarga sebelah mertua


Biar cepat masak dan lebih matang...bukan sennag weiiii....bukan setakat untuk "sedap" jer...korang rasa la sendiri cemana...



Tema kaler biru putih star...atau senang cakap purple.Nampak macam sedondon...semua keluarga bergambar kenangan termasuk budak yang nampak berisi tu....mana baju tempahan khas...?mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan ukuran baju.tu pasal nampak lebih kembang sikit...



Perjalanan balik semula ke Kuala Lumpur..sebelum memasuki terowong Genting Sempah...punya la pecut sebab nak balik tengok langsung bola Malaysia lawan Kemboja....hampaihhhhh..habiskan petro jer pecut laju laju...main macam celake...lawan Kemboja pun boleh kalah..buat malu jer....Kim Swee...layak jual barang produk kesihatan jenis kena cari orang bawah lagi baik.....muka tak sesuai langsung jadi juruletih...(apagila cerita pasal bola).












No comments:

Post a Comment