Saturday, June 30, 2012

Majlis berbulu hujung minggu

Pagi tadi selepas solat subuh..gua sambung tidur sikit lagi..bangun awal pun macam tak berfaedah jugak..tetiba teringat pasal perhimpunan yang dipaksa pergi.9 setengah lebih gua bangun.selepas buat senaman rimau lebih kurang..gua tengok diluar kawan gua bersiap siap..semburan wangian membawa kebilik gua yang bersebelahan.

Gua masih berkira kira nak joint ke tak.Ini majlis berbaur arus perdana..majlis yang perlu pakai kemas kemas.Majlis yang melibatkan YB..Gua dah bajet mesti acara macam selalu selalu.

Sebelum mandi gua belek belek baju dalam almari..dah ada yang siap bergosok ke belum..semua blazer tinggal kat KL..yang ada cuma yang funky kotak kotak..ini bukan majlis tarian tiang..apakehel nak pakai yang fanko manko.Blazer tak payah..gua buat keputusan sambil capai tuala.

Bushhh bushh..tenyeh mana yang patut..keluar bilik mandi gua macam tak yakin lagi pergi ke tak.Apa apahal pun potong kuku cantik cantik dulu..ini protokol.Diluar sana gua nampak kawan gua sorang lagi baru sampai dengan Fortuner..dari tingkat atas gua tunjuk 1 jari..maksudnya nak tumpang menyimbuk sorang.Dia sengih tanda jadi.

Bila orang dah start menunggu dibawah gua dah berkelam kabut cari pakaian yang sesuai dengan majlis.Gua bukak Tupperware baju simpanan khas..ini hanya stok 3 bintang keatas punya function saja.Gua tenung tenung..mana jenis fabrik yang paling cepat nak iron..

Tung tang dum damn...siap.sembur wangian sket..gua bergegas turun tangga tingkat atas.masuk dalam kereta gua arahkan kawan gua pergi kedai sarapan dulu...gua alergi dengar orang berucap ketika perut kosong.

............................................

Selepas pendaftaran..gua disejukkan hati dan diikat supaya tidak balik awal dengan diberi sebotol mineral..ini perkara wajib  kebiasaan ramai..Selanjutnya apalagi buat muka sengal la kehulu hilir tanpa tujuan sementara menuggu dif kehormat datang.

Dari pemerhatian gua..ramai peserta perempuan yang mana kebayakkan pakai jenis vouge nak mati..pilihan tudung yang paling terbaik abad ini untuk dipersembahkan..Ariesha, bella cascadia, Romlah Paijah, bawal sulam bunga rambai, fareeda rania, kelim karipap 3 tona,ombak rindu sengal...segala macam bagai...last last mengumpat sesama sendiri jugak semasa dengar ucapan.

Peserta kerahan paksa lelaki pulak banyak habis kan masa disudut tempat hidangan katering..merokok sambil sepahkan botol mineral yang diberi percuma 24jam.Yang jenis berjiwa cintakan negara dan menurut perintah ada berkurung kat dalam dewan menikmati kesejukan penghawa dingin.
..........................
Apa jenis perlaksanaan dan objektif tujuan gua tak tahu..tup tup gua nampak orang kerumun meja bahagian katering..nasik,lauk jenis ayam, sayur bangsat tak berapa nak bangsat dan buah dipotong kecik setahik mata.

.................................
Menyesal gua tak pergi menyelam di KK.

No comments:

Post a Comment