Semalam, balik dari kerja terus pengsan kat bilik tidur..sempat bukak baju dan campakkan sesuka hati..belum sempat bukak seluar aku sudah lena..punca mengantuk masih belum dikenal pasti..jarang aku tidur ketika waktu puncak tengahari.
Jam tiga petang aku terjaga..dada sedikit berombak kerana sedar dengan cara menegejut..mata masih lagi mahu ditutup..aku terpaksa lawan kerana masih belum menunaikan kweajiban.Masuk bilik air bukak paip...syallllll...air tak keluar.Ada lebihan air tadahan dalam tong besar aku guna untuk mandi kasi badan segar sket.
Pakai baju yang baru ambil dari dobi dan seluar jenis slack yang belum terkena najis..hidupkan motor pergi masjid.Kat sana mesti ada air.Sudah berapa bulan aku tidak berjemaah waktu siang di masjid ni.
......................................
Selesai semua kewajiban..aku melucur laju menuju ke pasaraya 2 tingkat..yang paling gah di daerah kecil ini.Nak beli sedikit kelengkapan mandian..sesakali badan nak kena jugak dimanjakan.Setel semua balik rumah dan berkira kira tunggu masa untuk slot solat asar yang tinggal beberapa minit lagi nak masuk.Sementara semangat masih lagi membuak buak ni.
Masuk bilik..tengok kiri kanan macam boring je nak tunggu..buka laptop kejap.....
Petang tu dekat dekat nak masuk maghrib jugak baru solat asar.
............................................................................
Semangat dari dalam nak kena kuat jugak..bukan setakat sembang kencang petang petang.
............................
Malam, aku bertekad nak kena pergi masjid jugak..jemaah Maghrib ganti yang asar tadi.Sebelum ke masjid aku kena pergi ke kedai cina kampung kampung untuk beli belon ada majlis perasmian acara arus perdana kat tempat kerja esok..nanti malam kedai tutup susah nak cari.Apa ke gila maghrib maghrib nak kena merayau cari belon yang harga murah murah tapi dalam kuantiti yang banyak.
.......................
Selesai menunaikan kewajiban 3 rakaat..solat sunat.aku beredar ke sudut belakang masjid.Semasa melintasi pintu keluar aku terdengar warga emas sembang kencang.Gosip pasal keuntungan bank rakyat bulan ini.Duniawi semuanya..bisik dalam hati sambil aku hidupkan motor dan menuju ke rumah Ustaz Khairi guru taranum al-qur'an merangakap kaki bundle.Kalau pergi menyelam mesti cari pakaian budak untuk stok anak anak...Osh kosh,Baby kiko, Gap..jenama pakaian budak tengah naik sekarang ni katanya.
Tapi kalau setakat surah Ali Imran sambil menaip assigment dia je dia tegur tanpa merujuk Qur'an.Katanya masa zaman belajar di Maahad Muhammadi dulu, seminggu sekali Khatam qur'an.Selesai mengaji sempat dia turunkan ilmu cara bertaranum dengan lenggok tinggi rendah semasa mengalunkan ayat ayat suci.Cara bacaan menyoal dan menjawab.
No comments:
Post a Comment