Wednesday, January 9, 2013

Lali LALAI tap lom

Macamana aku boleh lupa..aku ada blog.Sibuk sangat atau menyibuk.Last entry tahun 2012..ni dah masuk 2013..

Sempat dua kali aku berpindah rumah..1 rumah di KL 1 rumah sewa tempat ditempat kerja..


Kadang kadang teknologi banyak melalaikan..lala.lalalal.laaa laa.



Sunday, October 7, 2012

Kerabu kaki ayam

Petang hari ahad ,sebelum memulakan hari kerja esok.Sesuatu yang dianggap sensitif.Suatu yang rasa yang kurang enak.Kurang senang..mood beransur pudar menjelang Isnin...bukan hari ini tetapi setiap minggu.

......
mungkin terlalu bosan dengan persekitaran sini..kitaran yang sama.Bila terlalu biasa dengan rutin yang sama, segalanya bertukar menjadi kurang selesa.Lemau...masuk angin..tak de kick.

......
Bangun pagi tadi..entah apa yang tak kena.Kena bersarapan sorang sorang.Makan kerana terpaksa..sorang sorang hadap..janggal dengan persekitaran..Tea O panas dua kali aku hirup kemudian bayar dan balik.Giler nak hadap sorang sorang.

......
Tengahari hari tadi..kejadian lapar secara padu,Hari Ahad..seperti biasa pekan disini cuma ada dua buah tempat yang boleh makan berbayar.Nak free pergi masjid kot..satu kedai Pakistan yang ada 3 jenis lauk,ikan goreng,ayam goreng dan sayur..air sah sah dah taj menjadi walaupun tea O ais.Bangang.Yang kedua kedai wajib..makanan segera KFC..yang dianggap penyelamat ataupun tunjang kepada sumber permakanan disini.Selepas berkira kira aku memilih KFC.Satu set burger bersama air tambah ayam dua ketul.Makan sorang sorang tanpa banyak cakap.Silent eating.Suap telan..habis, cuci tangan keluar.Nampak kurang manis kalau makan sambil bercakap dengan dinding bertemakan wallpaper yang cantik. 

.....
Balik rumah sah sah dah kena layan cerita hindi..rancangan pilihan teman serumah.Aku memilh untuk pergi melepak rumah kawan yang lain.

.....
Sebelum balik melepak aku dihadiahkan kerabu kaki ayam dan tomyam dalam dua bekas plastik berasingan.Terima kasih kepada cikgu Rudi.Itu adalah sebahagian daripada warna harmoni untuk menceriakan petang hujung minggu ni.


Thursday, October 4, 2012

yellow









Look at the suns,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow.
I came along,
I wrote a song for you,
And all the things you do,
And it was called "Yellow".
So then I took my turn,
Oh what a thing to have done,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
You know, you know I love you so,
You know I love you so.
I swam across,
I jumped across for you,
Oh what a thing to do.
Cos you were all "Yellow",
I drew a line,
I drew a line for you,
Oh what a thing to do,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
And you know,
For you I'd bleed myself dry,
For you I'd bleed myself dry.
It's true,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look at the suns,
Look how they shine for you,
And all the things that you do.






Sunday, September 23, 2012

Sabarudin tukang kasut

Ini masuk kali kedua gua terjebak dengan aktiviti merepair kasut dengan pakcik kaki lima.Bagus usahanya yang dikataka agak jujur..tekun sorang sorang hadap tanpa menghiraukan aktiviti sekeliling.Janji masyuk untuk mencari sesuap rezeki..lebih dari sesuap pun..ayat main nak sedap jer..eee

Dua kali berhadapan dengan abang brader tukang kasut..dua kali gua terbakar.Pertama kali gua repair kasut jenis Hi cut.Tengok muka macam pro..hasilnya berterabur.Gua tak kisah sangat dengan upah yang mahal asalkan hasil kerja yang bagus, menepati piawaian.Walaupun kasut gua tak de la mahal sangat..tapi bila hasil kerja menyebabkan lari separuh rupa asal kasut...berangin kencang jugak gua.Masa hulur duit ringit Malaysia lima belas..ringan je tangan nak humban dalam tong sampah dekat dengan brader tu kerja.

..........................
Tengahari tadi sewaktu melintas dekat bank cap harimau..gua ternampak ada sorang brader mata kuyu perut buncit muka macam baru lepas kenyang..bersandar dekat dinding belakang kedai cina..repair kasut laa tak kan main terup.Gua terlintas ada kasut yang terkoyak lapisan tapak.Ada dua kasut untuk direpair..satu, kasut jenama sukan tapi gua pakai untuk acara  acara keremajaan.Satu lagi satu jenama sukan yang jenis merapu tapi untuk acara bersukan.Baru jer rosak bahagian tapak.

.....
"Sekarang jam berapa?"..tanya abnag berader setelah membelek belek kasut gua."Lima belas minit nak pukul satu"..sahut gua dengan muka berkerut menahan panas.

"Jam dua lalu,datang amik kasut"..cakap abang brader dengan slang bercampur indon.Gua blah..dengan seribu harapan bila datang amik nanti.

..........

Dua setengah gua sampai dekat abang brader.

"Yang satu ni saya sapu gam jer..yang ni jahit, semua lima belas ringgit..bagi sepuluh je".Masa gua tilik kasut betul betul..rasa macam pedi pedih bahagian dalaman organ badan.

Baik kamu gam dua dua kalau jahit pun dari jauh orang nampak benang jahitan daripada kasut..Kalau dah buat kerja tiada nilai seni.Malas gua nak bertindak ikut kata hati.

Dengan keupayaan belum makan tengah hari bercampur suhu panas terik..sekali tendang, gua yakin brader tu boleh tumbang dengan berus gam ditangan.

..................
Sampai rumah gua baling plastik berisi dua pasang kasut dekat rak kasut..masuk kedapur gua cedok nasik..makan depan TV.Nasik putih berlaukkan cerita hindi..tah sapa yang meroyan bukak siaran tak masuk akal.Suka sangat tengok tarian yang menampakkan pusat.Sama dengan akal dorang..dekat pusat jugak kot.sengal.

Tiada lagi istilah  atau perkataan tukang kasut dalam hidup gua selepas ini.




Thursday, September 20, 2012

Untuk Chenta

masih lagi dapat menyedut nafas...meneruskan perjuangan.Menikmati segala anugerah keindahan.Berterima kasih dengan segalanya.

Semoga tidak lupa untuk terus bersyukur.

Selamat ulang tahun ...diatas nama cinta untuk Chenta..

(ketika kamu masih lagi dengan dengkuran panjang).

Wednesday, September 12, 2012

Eih Bie

Hari ni..doblas bulan semilan..hari ulang tahun kelahiran..benda sama jer..kalau panjang umur..ulangan tetap berlaku..apa yang sepesel..cuma ucapan dari kenalan dan kawan kawan.

Terima kasih kepada yang ucap dekat laman sosial..yang like ucapan orang..yang tulis paling ringkas giler..dua abjad huruf..yang ucap panjang melalut lalut..yang dua kali ucap dalam hari yang sama..yang tahu..tapi malas nak tulis..yang tukang tambah komen tah apa apa dekatan ucapan orang lain..terima kasih untuk semua..yang pasti setahun sekali sorang..tunggu laa turn korang nanti..

Pagi tadi sampai sampai kat tempat kerja ada kad ucapan dari boss besar..Temkiu boss yang selalu peka dengan tarikh penting kuli-kuli nya..

Tiada ucapan dan belah belah kek..itu semua drama tv.jangan terpengaruh..cuma perlu bersyukur dengan setiap hela nafas..masih lagi dapat diteruskan..

Hari ini juga sibuk gila..sibuk tahap malas nak bercerita..sibuk tahap malas nak tulis panjang..sejenis sibuk yang dipanggil sibuk sibuk malas..

Dalam ghairah nak menyambut..ada plak kemalangan kecil..jenis biasa biasa..padahal aku tak ingat pun pasal tarikh hari jadi..ermmm..sori kepada yang kena langgar malam tadi...hehehe.

Tenkiu kepada yang paling awal wish...nanti bagi saiz baju yer?dengan saiz kasut sekali..ada hadiah menanti..


sudahhhhhhhhhhhh.....


Saturday, September 8, 2012

Owhh shaky shaky

Jam menunjukkan 1.30 pagi..aku masih terkebil kebil bertemankan laptod dan air tea bunga kotak besar kaler kuning tahi... Ryyana dan Ayyren ada tidur bersebelahan atas tilam kecik tidak jauh dari meja tempat aku sipakan kerja.nyenyak betul mereka tidur.penat bermain siang tadi..

Menungggu mamanya pulang sampai tertidur..

Petang tadi selepas solat asar mama nya keluar..dengan seluar skinny kelabu..tudung pulas gaya Hana Tajima..siap dengan sneakers lusuh converse.

"U macam tak sesuai la pakai sunglass besar mak datin kalau tudung macam tu"..sambil aku menghulurkan wayfarer yang diambil atas almari rak kasut tepi pintu.

"Ni handphone jangan tertinggal pulak"..aku menghulurkan semasa dia tengah mengetatkan tali kasut di depan pintu.Kamera tidak pula dia tertinggal.selalu dibawa jika kemana mana...trend ataupun mungkin atas urusan kerjanya sebagai  photografi bebas.

Masa salam cium tangan tadi dia cakap nak keluar ada birthday party..sekali dengan rumah terbuka hari raya.Pergi bersam rakan baiknya..Liana Lill Shaky.

Saja aku tak nak ikut, tinggal dirumah bersama anak-anak.Lagi pun aku kurang selesa dengan majlis yang melibatkan orang ramai.Sampai sampai nak kena round salam dengan semua orang..rimas.

"Wah semakin kurus kamu sekarang Na.."bisik aku cuma dalam hati semasa Liana keluar dari kereta didepan rumah.Berkesan jugak ubat shaky shaky yang dia guna tu..senang dan mudah hanya goncang dan minum..tak perlu berlari, sambil terlentang pun boleh goncang dan minum..nak lagi sedap blend bersama perisa buah.Walaupun mahal tapi sudah menampakkan hasil.

.................

Jam 9 malam lebih ada dia call bagitahu masih lagi di tempat rumah terbuka.Aku waktu itu masih lagi dimeja menyiapakan kerja yang bertimbun..banyak barang nak kena serahkan kepada client.Tv diruang tamu masih lagi dipasang..sayup sayup kedengaran rancangan bertemakan  raya masih lagi dimainkan..Ryyana terlentang diatas sofa sambil kaki sebelahnya terjuntai dibawah..Ayyrene sibuk dengan Ipad bermain game Musang kegemaranya.

.................

Jam 11 malam lagi sekali dia call bagitahu pergi main bowling pulak bersama kawan-kawanya..aku mengiyakan bagi keizinan tanpa banyak songeh.

wah wah wah beraya sakan nampaknya awak Jarodah.Malam ini malam minggu..jangan melibatkan diri dengan perkara kurang bermoral di kelab malam sudah.

................

Jam sudah menujukkan pukul 2 pagi belum ada apa-apa berita dari Jarodah..aku sudah mengantuk..nak call ke tak nak ni....

--------------------------------------------
PPPhhhhuuiiiiii....
Dah... malas aku nak merapu pagi pagi buta ni..tah apa apa cerita ni..main sedap je aku tulis.
lama giler aku tak menulis blog..(test jari laju ke tak menaip).keh keh keh keh.