Tuesday, July 17, 2012

ermmmm ye lah

BILA MANA DIDAPATI

  • Banyak di dirikan khemah besar dikawasan lapang di pekan pekan kecil untuk jualan petang petang
  • Didirikan khemah tambahan di perkarangan masjid
  • Ada longgokan buah kurma memenuhi dipintu masuk utama pasaraya
  • Kedai runcit kawasan kampung banyak jual air minuman berperisa dalam botol
  • Banyak iklan kain dan resepi makanan kat TV
  • Ajma,safiya,Al-insa,wasinni...syyyyy yusof tayob (bacaan seakan berbisik)..iklan ini banyak dimainkan dicorong radio
  • Pakcik pakcik sibuk menghantar tebu yang sudah dipotong menggunakan motor beroda 3 ke tepi jalan
  • Banyak mesin penggolek ayam pusing pusing dan mesin air tebu terdapat di tepi jalan
  • Pasaraya tahap kampung kampung  mula pasang lagu raya yang bukan jenis hit hit sangat untuk menarik perhatian pengungjung
  • Permintaan tinggi kepada harga lembu kampung
  • Sabut kelapa kampung dan daun pisang kelat kelat lega tiba tiba naik harga
  • Mentimun,cili merah, bunga kantan, halia dan serbamaknikow sayur dari Thailand mencanak naik harga kepada peraih tempatan
  • Promosi hebat baju kurung, jualan jubah ,shawl dan tudung raya semakin kencang melalui jualan atas talian
  • Perantau berkira kira mahu beli tiket bas dan penerbangan..(beli tiket tambang murah tempah nasi beriani sekali unuk juadah berbuka dalam penerbangan. percuma kurma 3 biji)
  • Banyak naik kain rentang di tepi jalan promosi hebat buffet cekik darah berbuka puasa di hotel-hotel besar
  • Kain rentang mengagungkan, memuji dan menyambut kedatangan bulan mulia banyak digantung di pagar masjid
  • Remaja belia sibuk mencari baju melayu dan kain untuk memenuhi masjid untuk minggu pertama dan kedua
  • Ada banyak post status berbau islamik dan ucapan dekat laman sosial
  • Ktu ktek pesanan ringkas melaui telefon menghantar ucapan..dengan segala jenis seni madah ucapan..copy forward orang punya atau pun tulis sendiri
  • Guru guru dipedalaman congak menyongak pasal cuti rehat khas dan kelas gantian
  • Pekerja swasta memerah idea mencari klinik yang mudah untuk beli sijil sakit untuk cuti raya
  • Kedai jahit tidak ramai lagi yang mahu menerima tempahan

ITU TANDA NYA BULAN PUASA SUDAH DEKAT....

AHLAH WASAHLAN YA RAMADHAN

Semoga bertambah keimanan dan keberkatan sepanjang bulan

*kredit untuk "timetobespoken" belikan tiket flight awal giler.


1 comment: