Nampak macam masih siang..sebenarnya aku baru siap berbuka tepi jalan depan tokong cina.Saje nampak macam menarik je area situ..setengah orang memilih masjid untuk berbuka..kebetulan jam 635 malam aku masih berada dekat dekat dengan bangunan kaler merah merah..so situ la port untuk berbuka.
Menu sekadar melepasi syarat je ni..makan dalam kereta.Perjalanan menuju ke bandar K.pagi esok Abang brader merangkap Ustaz mengaji quran ni ada ujian dekat OUM..gerak petang sampai malam sempat rehat rehat dulu.
Sampai bandar K..singgah makan dekat kedai selera pantai timur dulu..kemudian check in hotel..guling guling manja atas tilam kejap..kemudian turun pergi tengok movie cerita jenis adunan dari najis..tipu tipu sikit kemudian jual. untuk ditonton.syalllllll...Plan asal nak tengok Ice Age 3d..tapi tayangan siang sahaja.malam tak de..kalau dah pawagam tahap kampummmmmm...Masuk dan keluar guna pintu yang sama...
Habis layan cerita ..singgah kedai runcit tujuh E..beli kelengkapan untuk sahur..
............................................................
Celaka bilik ni suhu penghawa dingin sudah ditukar dari 16 ke 24..tapi sejuk tahap meroyan...liat idea nak menulis kalau sejuk sangat..gua nak kena stop dulu..panaskan air ...sahur dengan megi cup malam ni....pedihhhhhuluhati
sangat rare lau masuk n kuar guna pintu sama der..syall
ReplyDelete