Monday, July 23, 2012

Godek godek gedik

Mula mula sampai ke bazaar juadah petang petang...orang bersesak sesak..pengusaan kawasan antara muslim dengan non muslim sama hebat.Lorong tengah antara kiri kanan gerai jualan sangat sempit.Peratusan untuk berhimpit dan kena langgar dengan nasi lemak pelbagai saiz adalah tinggi.

Aku berlagak macho macho lapar..cuba berjalan bahagian paling tepi sekali..sekali sekala berhenti beri laluan kepada perempuan baju sendat rambut kaler kaler.Banyak nak kena jaga..bukan setakat mata  tapi melibatkan pancaindera ke 8.Sepanjang pemerhatian banyak aku lihat.....


  • Kebanyakan menu kuih adalah sama jenis antara gerai manakala goreng pisang masih kekal lagi di carta teratas..walaupun bertanding di luar musim.
  • Ramai mak cik jual kuih pakai tudung walaupun tidak kemas sangat ..padahal sebelum ni rambut gerbang naik motor kehulu hilir.Semoga pandai meneutralkan air muka jangan sampai orang boleh perasan.memek muka menahan panas.
  • Susun atur kuih yang diperagakan atas meja sangat lah cantik dan menggiurkan..stok yang bawah meja jangan pula di tutup dengan kain basahan mandi atau tededah kepada lalat.Kebersihan juga penting
  • Makcik MILF..sapu lipstik kaler merah terang proton saga dan sondol kening sebesar lidi... baju ada lagi kesan kesan tepung.Jangan muka je nak kena cantik, luar dalam atas bawah la..ni nak jual makanan bukan nak ambil gambar pasport.
  • Mempertaruhkan anak gadis sebagai pelaris...kadang kadang anak dengan mak sama naik..senyum sampai lari struktur asal muka...HHuuhh.untuk si anak balik belajar cara pakai dulu..jangan bagi nampak bersepah..handphone sebesar lutut tu bukan aksesori badan.. tak payah gantung kat tengkuk.
  • Minyak angin panas, tumbuhan hutan, tumbuhan berbunga renek..itu bukan kategori makanan berprotein tinggi..jangan nak menyibuk sekali dengan orang jual makanan.

Hanya air tebu dan kurma bertangkai dalam kotak je yang memikat selera hari tu...yang lain nanti nanti la nak pikir dulu.
.........................

Sampai di rumah, terus kedapur."Bila nak masak ikan tiga rasa". jerit kawan ku Azman.(nama yang popular dalam drama jenis kisah benar)..sambil tangan nya membasuh beras dalam periuk di sinki.

Aku memberi arahan supaya keluarkan ikan kembung dalam peti ais..dan goreng sehingga garing tak perlu letak tepung jagung..bukan ikan besar pun.Selebihnya sos biar aku yang godek.Tumis bawang..halia dengan serai mayang halus halus dan campak sekali.Semua tiga sudu besar sos tiram..cili dan tomato.Gula garam tak payah jangan lupa.Nenas tak ada, aku ganti dengan tomato supaya rasa masam masam. .Untuk nampak bersepah dan berkaler harmoni aku tabur bawang besar dan capciken kaler hijau...godek godek dengan penuh rasa cinta  diperantauan dan angkat.. tuang pada kasut sekolah atau ikan kembung tadi.Akhir sekali.Apium Graveoiens..atau dipanggil jugak daun sup ditabur dengan cara berpusing girang dan kaki terangkat  sebelah sambil tangan kiri mencucuk langit tanda siap.


-----------------------------------------------

Ketika  jari masih lagi berbau  daun sup..aku hidupkan motor dan menuju ke rumah Ustaz Khairi kerana sudah berjanji untuk berbuka disana.Harap harap housemate gembira dengan menu yang aku tinggalkan tadi..tunggu siakap besar lain kali baru aku joint sekali.

1 comment: